Hari ni maw sambung last part #noijalan2 ke Korea. Susah betul maw habiskan penceritaan ni sebab baru di landa demam. Demam rindu korea kali ni taw..hahaha... Untuk last part ni takda juga maw di cerita.. Just 14/12/2016 tu sy dan kak2 sedorm bangun seawal jam 3 pagi lagi sebab tepat jam 5 kami kena check-out sda dari Iteawon Inn Guesthouse.. Pagi tu memang kena sarapan sendiri, jadi sy sempat bancuh air nesturm panas untuk alas perut.
Semua sda ready, sda kembalikan kunci di reception, seawal pagi jam 5 terus heret beg ke stesen bas seperti mula-mula kami datang pada 10hb aritu. Menanti bas limousin airport di situ. Suasana sunyi sepi dan suhu pada masa tu sejuk sangat. Angin sejuk terasa betul masa tu memandangkan sy cuma pakai jaket biasa sebab winter jaket sda masuk dalam beg. Tunggu di sana maw dalam 20minit, baru ada bas tu sampai. Mengigil betul rasa masa menunggu.. Masuk ja bas terus lega sebab sda tercover tu kesejukan kan. Dalam bas diam saja semua sebab tiada mood maw bercerita..
Lobby / Reception Iteawon Inn |
Dorm sy : 203 |
Pintu masuk Guesthouse |
Thank You Itaewon Inn utk 5h4m |
Kami dah check-out |
Itaewon street yang sunyi (5am) |
Sampai airport, kaunter Airasia tak buka lagi. Jadi kami just duduk2 di airport sementara tunggu kaunter drop bagasi di buka. Di airport Seoul ni, tiada mesin self check in seperti di KLIA2 taw.. Tapi jangan risau kalo kita belum check in online untuk penerbangan Seoul - KL... ni base on my experience la.. sebab risau masa tu belum check in online.. Tapi okey ja. masa drop bagasi, terus diberi boarding pass. janji kita ada bawa salinan booking tiket kita la. lebih mudah.
Incheon Airport Korea |
*sedikit tips : pastikan datang awal ke airport incheon semasa nak balik sebab ramai sangat yang akan berbaris semasa proses imagration..Lambat nti tlpas flight...
Makan di Papparich KLIA2 kenyang2.. transfer ke KLIA 1 untuk next flght ke KK naik malindo.. Sampai kk jam 12 tengahmalam.. dan its my BIRTHDAY 15/12/2016.. Happy Birthday noi...small celebration with Mr.Aks keesokkan harinya..
Masa ni kami sudah berpisah dengan guide kami, uzair sebab dia akan menaiki penerbangan Vietnam airlines untuk balik ke KL dan penerbangan dia awal sedikit dari kami.. kami ucapkan terima kasih pada dia sebab jadi guide kami dan urus semuanya semasa kami di korea.. SERVIS PAKEJ BACKPACKER 'OH KOREA KITA' memang TERBAIK.. sy sangat puas hati... sapa nak g korea dgn bajet dlm RM 2000, ble cepat search FB atau Instagram : OH KOREA KITA... ni trusted guide..percaya la..
Lepas ja melalui pemeriksaan imagration yang lama sebab ramai orang,sy terus pergi ke bahagian REFUND TAX untuk claim semula tax yang di kenakan semasa membuat pembelian di hardrock cafe. Kaunter untuk claim tax ni sangat efisen bagi saya. Tak sampai 10 minit urusan sy disana sda settle. Kakitangan di bahagian claim tax ni banyak membantu. Siap tanya nak claim dlm duit Won atau Dollar.So, sy cakap nak Dollar la..hehhe.Boleh digunakan utk masa hadapan... Dari claim tax, terus ke gate untuk penerbangan Airasia X. sekali lagi kami antara penumpang yang awal smpai di sna. Tapi kami penumpang yang last2 masuk kapal sebab malas dah nak berbaris lama2 dan panjang2.. Dengan moto akak2 sedorm sy " kita dah ada seat dah, takyah berebut nak masuk'..hahhah.. kan..betul juga kata mrk.. Jd mula la penerbangan sy kembali ke Malaysia untuk 6 jam.. zzzzzzz(tido makan tido sepanjang dalam flght)
Tepat jam 5 ptg, kapal trbg yg sy naiki selamat mendarat di KLIA2, sy menuju ke imagration sendiri. Dah tak jumpa aadila dan kak2 sedorm semasa di Korea. Imagration di KLIA2 aduhhh.. sangat memenatkan sy. Ramai orang dan lambat. hm...sabar ja la..hakikat negara sndiri..Settle imagration, ambk bagasi.. Dah dapat terus nak keluar. Baru terjumpa kak shima, kak seri dan kak ayu.. say thank you kat mrk sbb jd dormate yang baik & best semasa kat korea..Jmp aadila juga.. Say thank you juga sebab sntiasa jd peneman sy spjg dkt korea..
Masa dah dapat bagasi tu dah jam 6 lbh petang.. Perut dah lapar semula.. alamat nak minta di isi balik.. Sebelum tu selesaikan dulu kiriman Mr.Aks yg nak popcorn Garrett.. So beli la kiriman dia..Makanya bertambah la lagi barangan sy yg nak di hand carry kan tu.hahha..
Borong POPCORN.. |
Birthday Cake |
Habis la penceritaan percutian sy ke Korea yang bermula dari 9-14 Disember 2016... Sweet Memory untuk diri saya bagi tahun 2016 ni.. Insha Allah murah rezeki 2017 nak lagi travel ke destinasi yang lain. Dalam melancong ke negara org, mcm2 boleh dipelajari. Ada yang baik di negara org untuk sy ambil jadi contoh, ada yg kurg baik untuk sy syukuri memilikinya di negara sendiri.. apapun, JANGAN PERCAYA KATA ORG, JUST PIGI LA SNDIRI UTK ALAMI PENGALAMAN ITU SENDIRI...
Thank You untuk semua yg sy kenal semasa trip ke Korea, dan pastinya nak datang lagi ke korea di masa hadapan..Sarangeo, Kamsahamnida...
Go See... |
Summary Bajet Noi ke Korea yg mana $$$$ dikumpul dari bulan Mac - Disember sblm fly :
Summary hasil tangkapan semasa di Korea :
- Flight KK-KL-KK(malindo air) ; RM 377.36
- Flight KL-INCEON-KL (airasia) : RM 1384.08 *inc luggage + makan
- Pakej backpacker OH KOREA KITA 5H4M : RM 1250( cover tmpt tgl, mkn, train & tmpt masuk tmpt lawatan)
- Hotel Plaza Premium Lounge KLIA2 : RM 212(1mlm)
- Duit poket bawa RM 1800( tak habis pun...bawa balik mysia lagi baki.huhu)
- Lain-lain ( beli glove, mkanan & ubat ubatan ) : RM 30( agak2 je)
Comments
Post a Comment