Skip to main content

NOI JALAN2 KE KOREA - PART 4


 Assalammualaikum... 

Hari ni nak sambung cerita #noijalan2 ke KOREA.. Tak boleh lambat2 update. Nanti semua cerita dah hilang dari ingatan. hahha... Okey jom sambung...

Pagi isnin 12/12/2016 tu, macam biasa, sy bangun awal.. bersiap dan sarapan.. Jam 10.30 makanan tengahari dah sampai.. jadi makan dulu, baru gerak. Hari tu, guide kami uzair akan bawa pergi banyak tempat iaitu :

- Gyeongbokgung Palace
- Gwanghwamun Square
- Cheonggyecheon Stream
- Korea Tourism Organization( KTO)
- Doota Mall
- Gwangjang Market
- Hardrock Cafe ( sy request)

Pagi tu kami bersesak sedikit menaiki train bersama orang korea yang nak pergi ke tempat kerja. Almaklum la isnin kan.. macam-macam ragam orang korea yang boleh di lihat. Ada yang berlari, berjalan laju, sanggup bersempit dalam train.. Semuanya sebab nak cepat sampai ke tempat kerja.

1st destinasi kami tuju pada hari itu adalah GYEONGBOKGUNG PALACE.. Ni kira istana raja korea zaman dahulu. Bukan yang asal, tapi di bina semula oleh kerajaan Korea selepas istana asal di musnahkan semasa perang dengan jepun.  Istana GYEONGBOKGUNG ni bagi saya sedikit sama dengan istana di FORBIDDEN CITY  Beijing.. cuma di Korea, dataran istana tidak berbatu seperti di Beijing serta kurang pokok & monumen berbatu seperti yang sy lihat ketika di China. Macam biasa di sini memang banyak snap gambar la. Sampai gambar dengan burung pun maw juga di ambil.huhu... Bah, mari layan gambar di sekitar GYEONGBOKGUNG PALACE...

Noi di Gyeongbokgung Palace

Yeah dah sampai...



Rumah tradisi orang Korea

Rumah tradisi orang Korea





Takut la Abam Guard ni.. Tegak ja berdiri..Mata ja yang bergerak..

Sekitar Palace

Singgahsana maharaja Korea 

Keagungan rakyat Korea: Dragon Emas

Monumen sekitar palace

Tasik yang beku..

Banyak pigeon ...

Kami yang happy...(Geng dorm 203)

Background : Pagoda



Daripada istana GYEONGBOKGUNG, kami berjalan keluar dari kawasan istana menuju ke GWANGHWAMUN SQUARE.. Apa yang ada di sini?? Disini ada ---->


Replika je ni.


Monumen Jeneral Perang 

Monumen KING SEJONG...


Siapa King Sejong ni?? King Sejong ni maharaja Korea yang mencipta tulisan Korea..Dan tulisan Korea adalah satu-satunya tulisan di dunia yang diketahui pengasasnya. Banyak juga la jasa KING SEJONG ni kepada bangsa Korea. Kalau rajin bolehlah  search pasal KING SEJONG di internat ya...


Selesai di Gwanghwamun Square, jalan lagi ke CHEONGGYECHEON STREAM... Disini, boleh nampak sungai yang cantik mengalir laju dan BERSIH ya.. yes.. ulang sekali lagi,,BERSIH.. Asalnya sungai di tengah bandar ini kotor..Tapi atas insetif kerajaan Korea, mereka upgredkan sungai ni menjadi cantik dan jadi tumpuan pelancong. Nak tengok tak suasana Cheonggyecheon Stream ni?? Okey sila scroll di bawah untuk butiran lanjut gambar yang sempat di snap..

L.O.V. E tepian sungai..

L.o.V. e

Tick Tock...Hurry2...

Habis berposing di area sungai yang bersih, gerak lagi cepat-cepat ke KOREA TOURISM ORGANIZATION(KTO). Kena jalan laju sikit kata guide kami uzair sebab takut ramai orang disana nanti.. Sebab di KTO, agenda kami adalah untuk cuba memakai baju tradisi orang Korea iaitu HANBOK.. Jadi kami pun jalan la laju lajunya kerana uzair kata, kalo banyak masa di buang di KTO, masa untuk kami shopping nanti jadi singkat,, Jadi apa lagi, jangan buang masa la kn...Ikuti perjalanan sy ke KTO ↦↦↦↦

- KTO - 


Jom pakai Hanbok FREE

1st Hanbok

2nd Hanbok

3rd Hanbok(my fav)

Yeah..Kami ber HANBOK

Selain daripada memakai HANBOK free, di KTO ni sy sempat juga mencuba aktiviti lain yang disediakan secara FREE untuk pengunjung yang datang.. Benda FREE siapa tak maw kan.  Di sini juga ada disediakan surau untuk solat. Bersih dan selesa untuk digunakan..

Buat & Dapat Free Korean Jagae/keychain



With GD
Take a photo with u own camera..
Cak..

BIG BANG 

Habis ja semua sda mencuba memakai Hanbok, kami gerak ke GWANGJA MARKET.. Tempat ini untuk shopping korean cotton.. Sempat la grab 3 pasang korean cotton yang berharga 10 000won(RM 38)  untuk 4 meter kain bidang 60. 

Pilih2 kain cotton korea

Dari Gwangja market, teruskan lagi shopping ke DOOTA MALL.. Sini guide kami bawa shopping di satu kedai souvenier yang harga murah berbanding tempat lain. Memang agak lama disni sebab semua barangan pun rasa maw dibeli.. Jadi sy sempat la grab souvenier untuk fmly disni..Apa sy beli?? Nanti la sy share di entry yang lain ya.. sy juga sempat beli set essence & ampoule yg sy pakai iaitu produk Missha di sni. Agak murah sebab ada diskaun sempena X'mas. Jadi tak rugi membeli taw. Nak tahu  kedai souvenier murah di DOOTA MALL?? refer gambar di bawah ↓↓↓

Doota Mall

Arirang Level 5
Dah keluarkan banyak duit won di DOOTA MALL, kami pun balik ke questhouse sekitar jam 7.30 malam.. Kaki dah lenguh, badan dah sakit2 sebab bawa 3 pasang kain dalam beg belakang, memang semua terasa maw balik suda.. Jam 8.30 malam makanan malam sampai. Terus makan dengan diam sebab lapar. Taw la sejuk2 perut cepat lapar. 

Tapi sy lepas ja makan, terus gerak keluar lagi bersama guide kami c uzair untuk pergi ke HARDROCK CAFE.. Ni tiada masuk dalam pakej, tapi sy request minta uzair bawakan. Sebab Mr.Aks kirim baju hardrock cafe Seoul.. So, sy tambah $$ dalam 7000 won untuk dia bawa sy ke sana.. Perjalanan menaiki train juga dalam 40 minit sehala . 

Tukar 2 stesen daripada stesen train Itaewon untuk ke hardrock cafe yang terletak di area GANGNAM..Yeah atleast sy sda ke GANGNAM..Kawasan orang kaya2 di seoul.. Hardrock Cafe Seoul terletak dalam Lotte Mall.. Tiada singgah tempat lain selain direct ke hardrock cafe sahaja...

HARDROCK CAFE Seoul

Balik dari Hardrock Cafe, sy terus tidur saja sebab esoknya kami akan ke NAMI ISLAND dan bergerak seawal jam 8.30 pagi....

Next part will be continued....












Comments

Popular posts from this blog

SAYA DAN KINOHIMITSU

21/03/16(ISNIN) ASSALAMMUALAIKUM BUAT SMUA PGUNJUNG BLOG NI... ok kali ni sy nk share ttg produk kinohimitsu yg sy gunakan.. Alkisahnya, sy mengunakn kinohimitsu ni disbbkn saranan my Love, dia yg berulang kali kata, better sy amalkan pgmbilan kolegen.utk ksihtn kulit katanya.. Dijdikn crita, satu hari sy ke watson dan tnpk promosi utk salah 1 produk kinohimitsu..so sy rasa nk cuba la(kata kt dlm hati).. fkir2 berulang kali juga la nak beli ke tak..last2, tetttt da scan kt kaunter cashier..hahhah..da beli... ok yg bwh ni la 1st produk kinohimitsu yg sy guna.BEAUTY DRINK. rasa dia sdp...tp sy tpksa tukar lg ke produk kinohimitsu yg len sbb yg ni agak mahal sdikit bg sy yg keja biasa2 je ni.hhehehe...                                                                1st produk kinohimitsu sy slps tu sy guna yg ini plak..yg ni knon  nya nk jimat skit n murah skit..PROWHITE..yg ni men sachet2..ada 30 sachet n ckup utk bekal sbln..hrga dlm rm100lbh juga la..manis2..ble bancuh dgn

MARA ASSESSMENT CENTRE(MAC) 02/06/2016 SABAH

03/06/2016(jumaat) ASSALAMMUALAIKUM...             Agak lama myepi drp pkongsian kt blog ni kn..ya la busy sbnrnya dgn pkerjaan dan urusan khidupan yg xpernah hbis..heheh.. ok xnk ckp byk just nk highlight tajuk utk catatan hari ni.. ya,sy nk share pengalaman sy mhdiri temuduga guru MARA, yg blangsung pd 2 jun 2016 iaitu smlm..nak share bkn sbb nk blagak tp nk share utk jd rujukan pd org len dimasa hdpn kot2 ada yg cari bkenaan ni..mcm sy lakukan sblm mhdiri sesi iv ni..cari mklumat pglmn org len drp internet..sbb xprnh kot iv bkaitan jwtn guru sblm ni..yg lg penting nk highlight ni, ni pglman sy sbg CALON NEGERI SABAH..kbnykn kt intrnt sy jmp pglmn calon2 drp smnjung je kn..jd xslh rasanya sy share utk rujukan bakal2 calon SABAHAN di masa hdpn....                       Firstly, nk crita thn ni ialah thn kedua sy apply jwtn guru MARA MRSM, thn ptama aply masa bru hbis grad dulu skitar thn 2014.masa tu aply guru kemahiran hidup..tp xbjaya dpt walau utk sesi iv..thn ni 2016 stlh 2th

TEMPAT MENARIK DI SEKITAR KOTA KINABALU

11/03/2016 (PART 1) Hai... salam jumaat buat smua pengunjung blog sy.. hari ni ada kerajinan nak update blog lg..nak cerita tentang tempat menarik di sekitar kota kinabalu yg boleh di lawati sekiranya ada yg berfkir2 nak jln2 di sabah.. berikut merupakan antara tempat-tempat menarik yg boleh di lawati.... 1. Desa cattle,kundasang sabah - tmpt  ni mjd tumpuan ramai krn pmndgn yang mcm kt new zealand katanya..hehe. blatar blkgkn gunung kinabalu yang indah dipandang.. disni  pengunjung boleh juga merasai kelazatan susu segar pelbagai perisa & ais krim yg tntu la sdp kn..rasa2 ada yg nk buat gmbr kwen blatar blkg kn tmpt ni pun boleh..cntik sgt2..recommend ***** dr sy.. 2. Pulau-pulau berdekatan Bandar kota kinabalu - yg ni pun wajib pergi ok.sbb ada pelbagai aktiviti boleh di buat semasa trip ke pulau2 ni.. rasa xnk pegi semua pulau pun xpa..pilih salah satu pun da ok..pulau yg ada bdktn Bandar kota kinabalu ialah: # pulau sapi * #pulau memutik* # pulau manuk