Skip to main content

NOI JALAN2 KE KOREA - PART 5


Salam ukhwah buat semua....

Jom sambung cerita perjalanan ke Korea sy yang berlangsung pada 10-14 Disember 2016 baru-baru ini.. Sebelum ni pada PART 4, sy ceritakan perjalanan hari ke 3 kami seharian dimana sy dan peserta lain pergi ke beberapa tempat bermula dengan Gyeongbokgung Palace dan berakhir ke Hardrock Cafe ( utk sy)..

Hari ke 4, kami teruskan lagi menjelajah Korea dan kami keluar awal pada hari tersebut menuju ke NAMI NARA( Pulau Nami) yang terletak diluar bandar Seoul. Perjalanan kami bermula daripada Iteawon ↦Namdaemum( naik train) Namdaemun ↦ Nami Nara ( naik bas khas). Bas khas ini memang bas yang membawa pengunjung yang hendak ke Pulau Nami sahaja dimana tempoh perjalanan selama 2 jam.

Stesen Bas untuk ke NAMI ISLAND

Bas khas ke Nami Island

Tempoh 2 jam dalam perjalanan, banyak habiskan dengan bercerita dengan guide kami. Peserta lain ambil masa tu untuk tidur sahaja. Setiba di Pangkalan feri ke Pulau Nami, kami beratur untuk menaiki feri yang di hiasi dengan bendera2 pelbagai negara..

Let's Go to NAMI NARA
Tiba saja di Pulau Nami, guide kami bawa pergi makan NASI GONCANG.. hahhaha..kelakar ni rasa dengar nama tu nasi.. Padahal Nasi Goreng + Kimchi + telur ja pun. Kenapa nama diberi Nasi Goncang?? Sebab bekas nasi ni perlu di goncang supaya campuran dalam nasi tu sebati. Kena pakai glove khas untuk pegang bekas tu.Sebab PANAS.. Lagi menambahkan selera dengan extra ada telur goreng pancake setiap meja lagi.. Sedap sangat ka tu NASI GONCANG ?? emm bagi sy biasa saja tapi sebab sy sda lapar dari bas lg. Jadi habis juga la makan..

Nasi Goncang Sy( Lulus)

Telur Goreng Pancake

Kami makan( gambar kurg jelas skit)

Sesudah kenyang, guide kami lepas kan kami untuk menerokai NAMI ISLAND..huuhu..tu yang suka tu. Sebab maw ambil gambar banyak2...Masa yang diberi agak lama juga sampai kepuasan betul ambil gambar.. Saya mcm biasa akan bersama Aadilla sepanjang di Nami Island.. Apa ada di NAMI?? macam-macam ada... scroll saja gambar di ↓↓↓↓



Main tabur Daun 


WINTER SONATA

Jenuh tunggu area ni xda orang kt blkg...

Sarangeo....

Di Nami Island ni macam2 tarikan untuk bergambar okey. Even kedai di Nami ni pun unik2.. Menarik2 hati kita nak masuk kedai yang ada..
Nami Shop

Souvenier dalam Nami Shop


Kedai Burung Warna Warni

Pelbagai Wangian dijual

Pau stim Sedap

Kalau rasa penat berjalan kaki menerokai Pulau Nami, ble ja sewa basikal di sana. Tapi aritu Aadilla tak berminat maw sewa basikal. Jadi jalan kaki saja la. Tak la besar sangat pun dan boleh round dalam masa yang diberikan..

Replika Iglo

Bank Nami Island

Today my day at NAMI ISLAND

SELAMAT DATANG

Dengan adikku Aadilla



Tepat jam 4.30 petang kami pun balik semula ke seoul menaiki bas yang sama. Cuma lambat sikit sampai sebab jalan jem. Pulang tu dalam bas, sy tidur saja la sebab rasa penat pula. hehhe penat beraksi ambil gambar di Nami Island ja pun.. Jam 6 lebih kami sampai di NAMDAEMUN. Guide kami bawa pergi NAMDAEMUN MARKET untuk shopping last sebelum esok kami nak balik dah... Di sni, sy beli Brooch made in korea yang cantik2 dan unik.. Beli juga sedikit baju untuk amirah & haikal. Souvenier di sni agak mahal. Jadi tiada penambahan pembelian souvenier di sni...

On the way balik, singgah beli strawberry. Kononnya nak bawa balik Malaysia.. hmm.. sampai KK, terus strawberry ku dah tak berapa cantik dah.. Actually strawberry di Korea ni manis2 dan besar2.. ada beli dengan kak seri di supermarket berdekatan Itaewon. Tu yang bercita-cita besar maw bawa balik KK tu..hahaah..

Namdaemum Market

5000Won utk Stawberry....

Dari NAMDAEMUN → ITAEWON, naik train lagi. Sampai di stesen train Itaewon, sy, kak shima, kak seri & kak ayu stop di kedai MISSHA lagi. Kak2 ni membeli kosmetik lagi di sna. Sy pula pergi kedai sebelah iaitu kedai kosmetik brand TONY MOLY... Tengok duit, ada lagi.. Jadi grab lah face mask yg buy 1 pek free 1 pek berharga 20 000 won.  Selepas itu, baru kami balik guesthouse dan mulakan berkemas barang..

Agak pening nak kemas barang sebab barang dah bertambah.. Nasib saja semua barang ada tempat nak simpan.. Lepas kemas barang semua dan makan malam, terus tidur sebab esok kena bangun awal untuk ke airport kata guide kami....

LAST PART (to be continued)



Comments

Popular posts from this blog

SAYA DAN KINOHIMITSU

21/03/16(ISNIN) ASSALAMMUALAIKUM BUAT SMUA PGUNJUNG BLOG NI... ok kali ni sy nk share ttg produk kinohimitsu yg sy gunakan.. Alkisahnya, sy mengunakn kinohimitsu ni disbbkn saranan my Love, dia yg berulang kali kata, better sy amalkan pgmbilan kolegen.utk ksihtn kulit katanya.. Dijdikn crita, satu hari sy ke watson dan tnpk promosi utk salah 1 produk kinohimitsu..so sy rasa nk cuba la(kata kt dlm hati).. fkir2 berulang kali juga la nak beli ke tak..last2, tetttt da scan kt kaunter cashier..hahhah..da beli... ok yg bwh ni la 1st produk kinohimitsu yg sy guna.BEAUTY DRINK. rasa dia sdp...tp sy tpksa tukar lg ke produk kinohimitsu yg len sbb yg ni agak mahal sdikit bg sy yg keja biasa2 je ni.hhehehe...                                                                1st produk kinohimitsu sy slps tu sy guna yg ini plak..yg ni knon  nya nk jimat skit n murah skit..PROWHITE..yg ni men sachet2..ada 30 sachet n ckup utk bekal sbln..hrga dlm rm100lbh juga la..manis2..ble bancuh dgn

MARA ASSESSMENT CENTRE(MAC) 02/06/2016 SABAH

03/06/2016(jumaat) ASSALAMMUALAIKUM...             Agak lama myepi drp pkongsian kt blog ni kn..ya la busy sbnrnya dgn pkerjaan dan urusan khidupan yg xpernah hbis..heheh.. ok xnk ckp byk just nk highlight tajuk utk catatan hari ni.. ya,sy nk share pengalaman sy mhdiri temuduga guru MARA, yg blangsung pd 2 jun 2016 iaitu smlm..nak share bkn sbb nk blagak tp nk share utk jd rujukan pd org len dimasa hdpn kot2 ada yg cari bkenaan ni..mcm sy lakukan sblm mhdiri sesi iv ni..cari mklumat pglmn org len drp internet..sbb xprnh kot iv bkaitan jwtn guru sblm ni..yg lg penting nk highlight ni, ni pglman sy sbg CALON NEGERI SABAH..kbnykn kt intrnt sy jmp pglmn calon2 drp smnjung je kn..jd xslh rasanya sy share utk rujukan bakal2 calon SABAHAN di masa hdpn....                       Firstly, nk crita thn ni ialah thn kedua sy apply jwtn guru MARA MRSM, thn ptama aply masa bru hbis grad dulu skitar thn 2014.masa tu aply guru kemahiran hidup..tp xbjaya dpt walau utk sesi iv..thn ni 2016 stlh 2th

TEMPAT MENARIK DI SEKITAR KOTA KINABALU

11/03/2016 (PART 1) Hai... salam jumaat buat smua pengunjung blog sy.. hari ni ada kerajinan nak update blog lg..nak cerita tentang tempat menarik di sekitar kota kinabalu yg boleh di lawati sekiranya ada yg berfkir2 nak jln2 di sabah.. berikut merupakan antara tempat-tempat menarik yg boleh di lawati.... 1. Desa cattle,kundasang sabah - tmpt  ni mjd tumpuan ramai krn pmndgn yang mcm kt new zealand katanya..hehe. blatar blkgkn gunung kinabalu yang indah dipandang.. disni  pengunjung boleh juga merasai kelazatan susu segar pelbagai perisa & ais krim yg tntu la sdp kn..rasa2 ada yg nk buat gmbr kwen blatar blkg kn tmpt ni pun boleh..cntik sgt2..recommend ***** dr sy.. 2. Pulau-pulau berdekatan Bandar kota kinabalu - yg ni pun wajib pergi ok.sbb ada pelbagai aktiviti boleh di buat semasa trip ke pulau2 ni.. rasa xnk pegi semua pulau pun xpa..pilih salah satu pun da ok..pulau yg ada bdktn Bandar kota kinabalu ialah: # pulau sapi * #pulau memutik* # pulau manuk